Assalamualaikum,bersyukur saya kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, kami telah berjaya menyiapkan blog yang bertajuk “5 Kaedah Perlaksanaan Prinsip Etika Islam Dalam Sains Teknologi Dan Kejuruteraan“. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Politeknik Mersing,dan rakan-rakan kami yang sudi membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini.Banyak cabaran dan masalah yang kami tempuhi semasa kami melakukan tugasan ini.Alhamdulillah,kami dapat mengharunginya dengan penuh sabar dan juga dapat menyelesaikan masalah dengan kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugasan ini.
Sebelum tugasan ini diberikan,kami harus membuat satu kumpulan di mana satu kumpulan perlu mempunyai 4 orang ahli.Pemilihan ahli kumpulan adalah berdasarkan diri sendiri.Antara ahli kumpulan kami ialah Ammar Faiz Bin Miswan,Nazrul Azwa Bin Nasrudin,Mohd Mustaqim Bin Mohd Rashid dan Muhamad Haizzat Bin Mohamad.Selepas pemilihan kumpulan telah dilakukan,pemberian tajuk telah diberikan oleh pensyarah yang mengajar kami kursus ini iaitu Ustaz Suffian Bin Mohd Fabilah.Pemberian tajuk ini telah diberikan secara rawak dan tajuk yang telah kami terima ialah tajuk yang ke-4 iaitu “5 Kaedah Perlaksanaan Prinsip Etika Islam Dalam Sains Teknologi Dan Kejuruteraan”.
Tugasan ini telah diberi tempoh selama 3 minggu untuk disiapkan. Alhamdulillah,tugasan ini telah kami siapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.Semua ahli kumpulan kami memberikan kerjasama yang baik dalam melakukan tugasan ini. Setiap ahli mempunyai peranan sendiri dalam melakukan kerja seperti, mencari maklumat di internet dan buku, mengedit blog dan pelbagai lagi tugasan.