3.1 Prinsip Etika Islam.
Seterusnya, Moral pula berasal dari bahasa latin Moralitas yang memberi maksud tingkah laku yang baik. Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama, budaya dan adat sesebuah bangsa. Perkataan Akhlak berasal dari bahasa arah khuluq yang memberi maksud tingkah laku yang baik yang menjadi amalan hidup dan konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama dan tetap.
Peranan prinsip etika islam ini ialah sebagai rujukan kepada para saintis, teknokrat dalam melakukan penyelidikan dan penghasilan perkara-perkara yang baru. Ia juga membatas dan memantau perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh saintis, teknokrat dan jurutera dalam penyelidikan masing-masing. Apa jua kerja yang dilakukan hendaklah selaras dengan roh dan maksud syariat dan etika Islam.
Sains juga tidak terlepas dari syariat dan ketetapan hukum yang asasi bagi memastikan kerja-kerja yang dilakukan menepati kehendak syariat. Seterusnya ialah untuk Menjaga kepentingan umum dari ketamakan dan kerakusan para saintis, teknokrat dan jurutera yang mengancam keselamatan manusia. Tiada istilah matlamat menghalalkan cara.
Kesimpulannya ialah untuk melahirkan para saintis, teknokrat dan jurutera yang berdisiplin tinggi, beradab dan mengerti peranan manusia sebagai khalifah di bumi dan untuk menentukan dasar dalam aktiviti sains, teknologi dan kejuruteraan agar benar pada matlamat, operasi dan metodologi pelaksanaannya.
Berdasarkan kenyataan di atas, Segala rekaan dan alat yang dihasilkan oleh manusia hendaklah mengelakkan berlakunya kerosakan akhlak. Selain itu, setiap hasil rekaan yang dicetuskan bukan menjadi sebab umat menjadi lalai daripada tugas sebagai seorang hamba kepada-Nya. Di samping itu, ciptaan yang dibangunkan haruslah mampu mengelakkan manusia daripada merosakkan alam. Oleh itu, keselesaan bukan cara untuk para saintis, teknokrat dan jurutera melakukan penyelidikan sehingga menafikan maksud syariah.
Kenyataan di atas bermaksud segala ciptaan dan rekaan bukanlah semata-mata bertujuan komersil atau untuk mendapatkan keuntungan. Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan matlamat hidup, kemampuan manusia, mencari jalan yang dipermudahkan mampu melonjakkan prestasi manusia sebagai hamba Allah S.W.T. Contohnya, dengan meningkatkan kualiti melalui penggunaan bahan kimia bagi menggantikan tenaga bahan api, pengawetan makanan dan menghapuskan bakteria. Walau bagaimana pun, penghasilan ciptaan, rekaan dan inovasi bukanlah untuk kepentingan peribadi dan merosakkan dunia.
Keperluan memelihara agama, bangsa dan Negara sememangnya satu keutamaan. Namun begitu, nafsu keperluan manusia tidak pernah cukup.Oleh itu, tidak dinafikan perlu adanya kajian, ciptaan dan rekaan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. Justeru itu, bukan sewenang-wenangnya tindakan bersifat sains teknologi boleh menghalalkan sebarang ciptaan, rekaan dan teknologi. Contohnya, ciptaan persenjataan dan kelengkapan ketenteraan amat diperlukan suntikan inovasi dan teknologi. Namun bukan menjadi lesen untuk manusia melakukan kerosakan.
Berdasarkan kenyataan di atas, para saintis, teknorat dan jurutera hendaklah menghubungkan segala kegiatan mereka dengan alam metafizika. Contohnya, elemen ketuhanan dan mencari kebenaran perlu menjadi asas etika perlaksanaan mereka iaitu setiap aktiviti penyelidikan dan penemuan yang dilakukan oleh manusia hendaklah berasaskan galakan untuk meneroka khazanah alam berdasarkan etika Islam serta memburu kebenaran wujudnya pencipta khazanah alam ini iaitu Allah S.W.T. Oleh itu, dorongan ketuhanan dan mencari hakikat serta kebenaran perlu menjadi asas bagi kegiatan penyelidikan para saintis, teknorat dan jurutera.
3.2 Prinsip Etika Islam Dalam Sains Teknologi Dan Kejuruteraan.
Prinsip Etika Islam dapat dibahagikan kepada tiga iaitu Aqidah, Syariah, dan Akhlak. Dari segi Aqidah, yang bermaksud keyakinan dan keimanan kepada rukun iman yang keenam. Prinsip ini menuntut suatu keyakinan yang bersifat ghaib untuk memantau segala perbuatan manusia.
Seterusnya, Syariah yang bermaksud Peraturan dan ketetapan hukum berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Segala kerja yang melibatkan kajian sains, teknologi dan kejuruteraan hendaklah menuruti ketetapan yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.
Akhlak yang bermaksud Panduan tingkah laku yang mulia melibatkan manusiadengan Allah, manusia sesama manusia, dan manusiadengan alam sekitar. Hubungan yang bersifat segitiga ini merupakan asas penting bagi mewujudkan keseimbangan yang harmoni untuk mewujudkan keseimbagan yang baik.
3.3 Peranan Prinsip Etika Islam.
Peranan prinsip etika islam ini ialah sebagai rujukan kepada para saintis, teknokrat dalam melakukan penyelidikan dan penghasilan perkara-perkara yang baru. Ia juga membatas dan memantau perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh saintis, teknokrat dan jurutera dalam penyelidikan masing-masing. Apa jua kerja yang dilakukan hendaklah selaras dengan roh dan maksud syariat dan etika Islam.
Sains juga tidak terlepas dari syariat dan ketetapan hukum yang asasi bagi memastikan kerja-kerja yang dilakukan menepati kehendak syariat. Seterusnya ialah untuk Menjaga kepentingan umum dari ketamakan dan kerakusan para saintis, teknokrat dan jurutera yang mengancam keselamatan manusia. Tiada istilah matlamat menghalalkan cara.
Kesimpulannya ialah untuk melahirkan para saintis, teknokrat dan jurutera yang berdisiplin tinggi, beradab dan mengerti peranan manusia sebagai khalifah di bumi dan untuk menentukan dasar dalam aktiviti sains, teknologi dan kejuruteraan agar benar pada matlamat, operasi dan metodologi pelaksanaannya.
3.4 Amalan Terbaik Etika Islam Dalam Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan.
Amalan terbaik etika islam yang mampu dicontohi ialah keyakinan bahawa rezeki datangnya daripada Allah S.W.T. Kita berusaha ke tahap yang sepatutnya, namun rezeki dan hasilnya datang daripada Allah S.W.T. Selain itu, Ikhlas dan niat yang baik untuk memberikan yang terbaik kepada kepentingan manusia. Seterusnya bersifat ihsan, keihsanan di sini merujuk kepada keyakinan bahawa Allah S.W.T akan sentiasa memantau kerja-kerja yang dilakukan manusia.
Itqan (ketekunan dan kompetesi) dalam melakukan sesuatu hendaklah berasaskan kerja yang berkualiti itu sebagai satu ibadat. Berikan yang terbaik pasti terbaiklah pulangannya. Kesinambungan itu, Bermusyawarah dan bermuafakat dalam menentukan yang paling terbaik untuk kepentingan manusia, tiada kepentingan individu dan bertujuan naik pangkat. Mengekalkan keseimbangan, bersenderhana dan konsistensi dalam melaksanakan tugasan.
Akhir sekali, Membangunkan teknologi dan segala penemuan yang canggih dan terkini yang memberi manfaat kepada alam dan manusia dan menjauhi mafsadah atau kerosakan dan kehancuran kepada urusan manusia dan alam.
3.5 5 Perlaksanaan Prinsip Etika Islam Dalam Sains Teknologi Dan Kejuruteraan.
I. Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia.
Berdasarkan kenyataan di atas, Segala rekaan dan alat yang dihasilkan oleh manusia hendaklah mengelakkan berlakunya kerosakan akhlak. Selain itu, setiap hasil rekaan yang dicetuskan bukan menjadi sebab umat menjadi lalai daripada tugas sebagai seorang hamba kepada-Nya. Di samping itu, ciptaan yang dibangunkan haruslah mampu mengelakkan manusia daripada merosakkan alam. Oleh itu, keselesaan bukan cara untuk para saintis, teknokrat dan jurutera melakukan penyelidikan sehingga menafikan maksud syariah.
II. Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti.
Kenyataan di atas bermaksud segala ciptaan dan rekaan bukanlah semata-mata bertujuan komersil atau untuk mendapatkan keuntungan. Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan matlamat hidup, kemampuan manusia, mencari jalan yang dipermudahkan mampu melonjakkan prestasi manusia sebagai hamba Allah S.W.T. Contohnya, dengan meningkatkan kualiti melalui penggunaan bahan kimia bagi menggantikan tenaga bahan api, pengawetan makanan dan menghapuskan bakteria. Walau bagaimana pun, penghasilan ciptaan, rekaan dan inovasi bukanlah untuk kepentingan peribadi dan merosakkan dunia.
III. Melakukan eksperimen dengan bijaksana tanpa niat jahat.
Eksperimen yang dilaksanakan oleh manusia hendaklah berasaskan kebijaksanaan yang mengutamakan keprihatinan kepada nilai manusia, flora dan fauna. Tiada istilah mengorbankan nilai keinsanan dan kedamaian alam demi keuntungan, kemahsyuran dan kepentingan diri sendiri. Oleh itu, kajian yang dibuat hendaklah memikirkan implikasi yang bakal mengesani kehidupan ekosistem manusia, flora dan fauna. Contohnya, pembedahan plastik untuk tujuan menafikan ciptaan Allah S.W.T dan mengubah identiti adalah dilarang sama sekali.
IV. Keperluan mempertahankan dan memelihara agama, bangsa dan Negara.
Keperluan memelihara agama, bangsa dan Negara sememangnya satu keutamaan. Namun begitu, nafsu keperluan manusia tidak pernah cukup.Oleh itu, tidak dinafikan perlu adanya kajian, ciptaan dan rekaan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. Justeru itu, bukan sewenang-wenangnya tindakan bersifat sains teknologi boleh menghalalkan sebarang ciptaan, rekaan dan teknologi. Contohnya, ciptaan persenjataan dan kelengkapan ketenteraan amat diperlukan suntikan inovasi dan teknologi. Namun bukan menjadi lesen untuk manusia melakukan kerosakan.
V. Menghubungkan semua kegiatan dengan alam metafizika
Berdasarkan kenyataan di atas, para saintis, teknorat dan jurutera hendaklah menghubungkan segala kegiatan mereka dengan alam metafizika. Contohnya, elemen ketuhanan dan mencari kebenaran perlu menjadi asas etika perlaksanaan mereka iaitu setiap aktiviti penyelidikan dan penemuan yang dilakukan oleh manusia hendaklah berasaskan galakan untuk meneroka khazanah alam berdasarkan etika Islam serta memburu kebenaran wujudnya pencipta khazanah alam ini iaitu Allah S.W.T. Oleh itu, dorongan ketuhanan dan mencari hakikat serta kebenaran perlu menjadi asas bagi kegiatan penyelidikan para saintis, teknorat dan jurutera.
No comments:
Post a Comment