Monday, 14 March 2016

4. Kesimpulan


Alhamdulillah, kerja projek ini telah pun disiapkan oleh kami dengan jayanya. Banyak pengajaran dan ilmu pengetahuan yang kami perolehi semasa kami melakukan projek ini. Selain itu, kesimpulan yang dapat kami berikan daripada kerja projek ini ialah prinsip etika Islam ini amat penting untuk umat Islam pada masa kini kerana ianya dapat menjadi panduan kepada umat Islam dalam tingkahlaku yang dilakukan supaya tidak bercanggah dengan suruhan Allah S.W.T dan sentiasa menuruti apa yang ditunjukki oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

           Oleh itu, setiap umat Islam perlulah mengetahui akan prinsip etika Islam ini supaya setiap tingahlaku yang dilakukan bagi tujuan unuk kepentingan umat Islam tidak terlepas dengan syariat yang ditetapkan dan sentiasa menepati kehendak syariat.Di samping itu, dengan berpandukan prinsip etika Islam ini juga, umat Islam dapat melahirkan para saintis dan jurutera yang berdisiplin tinggi, sentiasa menjaga imannya serta mengerti peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.

No comments:

Post a Comment